RECOMMENDED ARTICLES

Keris Kebolajer Lurus

Keris Kebolajer ke 5 dalam simpanan aku, mahu dimaharkan kepada yang berminat. Keris lurus tiada luk, inilah yang paling lain daripada koleksi Keris Kebolajer yang ada dalam simpanan aku. Harga atau mahar RM450.00 sahaja.
Keris merupakan aset yang sangat berharga bagi sebuah Bangsa Melayu. Jika kita melihat sejarah dahulu kala, keris memainkan peranan yang sangat penting dalam menegakkan kemerdekaan sesebuah negeri di tanah air kita.
Andai kata tiada keris tersisip di pinggang pendekar melayu dahulu kala maka tiadalah senjata kebanggaan kita semua pada hari ini.
Jika di tanya Penjajah Belanda, Penjajah Portugis dan Penjajah British, "kenal keris tak?" secara spotan muka mereka akan terkejut serta perut mereka menjadi kecut dan hampir akan tercirit kerana takut. sebab mereka tahu betapa hebatnya senjata pusaka kita itu.
Namun pencapaian keris akan terkubur sekiranya, kita tidak lagi memiliki atau menyimpan senjata unik itu.
Sehari aku tidak melihat keris terasa sungguh resah dan gelisah, sememangnya aku suka sangat melihat keindahan dan keunikkan senjata tradisional ini. Sekadar hobi di masa waktu lapang.