Bosan terperap di rumah melakukan rutin harian aku keluar ambil angin ke Kuala Selangor. Perjalanan banyak singgah sana dan singgah sini. Tujuan tiada, jadi perjalanan banyak buang masa di sekitar Pekan Kapar, Pantai Remis dan Sungai Buloh.
Jumpa kawan di situ sekejap, jumpa kawan di sini sekejap, jadi masa berlalu jadi panjang. Selesai urusan borak kosong sambil minum kopi 'o', aku terus menuju naik ke Bukit Melawati. Bukan jumpa beruk, tapi tujuan hanya satu, rindu dendam pada Sundang Melayu.
Terubat rindu dapat lihat hasil seni yang gemilang di sana, aku menilik dari pangkal ke hujung. Alang-alang buang masa elok aku nikmati Sundang Melayu. Tidak jemu mata memandang, ada tarikanlah di sini. Inilah yang dinamakan khazanah, ada duit banyak sekalipun tidak akan dapat membeli Sundang Melayu ini. Untuk tontonan umum sahaja.
In sha Allah, lain kali mahu datang lagi ke sini untuk melihat kecantikkan Sundang melayu ini.