RECOMMENDED ARTICLES

Cincin Permata Hijau

 Al-Fatihah kepada Allahyarham Mejar (B) Ahmad, 83 tahun, sekembalinya beliau kerahmatullah. Seorang kawan yang suka bercerita di kala aku kesepian. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan nikmat daripada Allah s.w.t.
 Isteri arwah telah menghadiahkan cincin permata hijau, yang gemilang kilaunya kepada aku. Arwah mahu aku simpan cincin kesayangannya untuk buat kenang-kenangan. Isteri arwah juga memberi kain pelekat, baju kemeja, t-shirt dan seluar arwah kepada aku.
 Terima kasih, kenangan bersama arwah memang terbaik dalam hidup aku. Arwah banyak ilmu dan tidak lokek dengan ilmunya. Hilang satu permata dalam hidup aku, arwah seorang yang banyak pengalaman. Pengalaman beliau dikongsikan dengan aku secara bercerita. In sha Allah, aku akan guna ilmu yang arwah berikan secara tawaduk dan rendah hati. Mudah-mudahan, sama-sama dapat pahala daripada Allah s.w.t. Amin.