RECOMMENDED ARTICLES

Burung Terkukur

Singgah warung Abang Zaidi makan nasi ayam, mee jawa dan keropok lekor. Lama sangat tidak bersua muka dengan beliau rindu rasa hati, maklumlah sekarang sibuk sikit mana ada masa mahu keluar jalan-jalan. Aku curi masa sikit sebab pergi renew insuran kereta serta roadtax dan bayar segala bil-bil bulan lepas.
Tengah sedap menjamu selera datang seorang hamba Allah namanya Encik Sharif baru pulang dari memikat burung terkukur. Aku pantang kalau ada otai-otai yang pulang dari memikat dan membawa burung hutan (BH) burung baru (BB) teringin mahu tengok macam mana gayanya BH @ BB itu? Memang hobi aku dari kecil bela burung terkukur, geram dan teringin pulak rasanya mahu bela dan aktif di dunia pikat memikat burung ini.
Sudah dinamakan rezeki, akhirnya BH ini bertukar tangan daripada Encik Sharif kepada aku. Alhamdulillah syukur pada Allah, gembira hati bukan kepalang dapat BB untuk dijadikan pikat (denak). Masa masih panjang aku kena tekun belajar serta mengajar step by step BB ini, kena banyak bersabar dan banyak bertanya otai lama kaki pikat burung dekat tempat tinggal aku.
Mudah-mudahan BB ini jadi pikat yang bagus, supaya dapat memenuhi masa lapang aku suatu hari nanti. My wife seronok dengan hobi baru aku ini dia sporting, siap bagi nama Boboiboy.
Hari ke 3 aku bela BB ini sudah berbunyi aku rasa jenis BB ini Seladang Gantung, kejap ada bunyi KHOO kejap tiada, entahlah kena tanya otai pikat sikit hari lagi. Najis masih sedikit cair sebab masih belum biasa dengan aku, aku simpan dalam bilik stor 1 minggu peram BB ini di sana.
Genap 1 minggu barulah najis sudah kembali normal, BB ini sudah berani sikit dengan aku. Semalam aku mandikan lewat malam biar bulu hutan BB ini jatuh dan keluar bulu baru, proses keluar bulu baru mungkin sakit sedikit jadi aku dan wife kena buat kerja perlahan-lahan dan tidak boleh buat bising. Kena hormat sikit pada BB ini kesian dia, tentu sakit keluar bulu baru.