RECOMMENDED ARTICLES

Sangkar Labu

Sangkar labu bertukar tangan dengan Encik Ismail Cina daripada Kampung Sungai Kertas, Sungai Tua, Batu caves. Sudah 16 tahun dalam jagaan aku, walaupun sudah lama tetapi sangkar labu ini masih utuh seperti sediakala cuma warna sahaja menjadi luntur.
Punca sangkar labu ini bertukar tangan kerana Encik Ismail Cina tertarik dengan burung merbok milik aku untuk dipeliharanya menjadi denak. Jadi sebagai tukaran, burung merbok aku bagi pada beliau dan sangkar labu jadi milik aku.
Sejak rumah setinggan dimajukan oleh pihak pemaju aku sudah putus hubungan dengan Encik Ismail Cina. Mudah-mudahan suatu hari nanti beliau dapat menghubungi aku. Rindu sangat rasa hati mahu ajak beliau pergi memikat burung terkukur.