RECOMMENDED ARTICLES

Keris Naga Sastro

Nama Keris ini adalah Keris Naga Sastro (Naga Berkembar atau Naga Berkepala Dua). Mempunyai aura tersendiri yang tanpa aku sedari selama aku menyimpan ia. Telah disahkan oleh Ustaz Pak Engku bahawa keris ini ada semangatnya tersendiri.
Kepada tuan-tuan yang berminat untuk menceburi dunia rawatan batin bolehlah memiliki keris ini tanpa dakwa-dakwi. Khasiatnya cukup istimewa, aura yang mengalir di dalam keris ini mempunyai kuasa yang tiada bandingnya.
Harga atau mahar memang berpatutan biarlah tuan-tuan hubungi aku melalui handphone untuk mengetahuinya, kepada yang betul-betul berminat sahaja.
Sungguh tidak disangka aku memiliki sebilah keris yang amat unik dan jarang ditemui, selama berada dalam simpanan aku terlepas pandang dan buat endah tidak endah sahaja pada Keris Naga Sastro ini.
Luk 13 dengan lingkarang dua ekor naga kembar di kiri dan kanan menghiasi Wilah (blade). Manakala Awak-Awak (bahagian tengah wilah) disaluti sepuh emas, seolah-olah badan naga menjalar ke hujung Pocok.
Mendak, Ganja, Aring, Greming, Bongkot, Sogokan, Janur, Janggut, Belalai Gajah, Lambi Gajah, Dagu dan Pecetan semuanya bersalut sepuh emas. Hanya Jauhari Mengenal Manikam. Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup tuan-tuan yang budiman.

SOLD
TUAN MOHDRAMZ
DARI MELAKA
21/4/2012
10.55AM