Hak milik mutlak aku, pakai dikala rasa mahu pakai dan simpan dikala mahu simpan. Masa pakai rasa macam ada sesuatu yang hidup berada dijari manis. Entahlah mungkin getaran atau terlalu berat cincinnya.
Bawa berjumpa dengan pakar cincin dan pakar batu, katanya elok aku simpan sahaja buat kenang-kenangan dikala bulan mengambang di situ ada sejarah yang istimewa yang akan berulang. Duit boleh dicari ibarat kata bagai kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tetapi 1 batu permata yang baik hanya ada 1 dalam dunia. Biarlah ia kekal dalam simpanan aku buat sementara ini.