Bukan senang mahu mencari sesuatu barang yang sememangnya sudah pupus ditelan zaman. Kehulu dan kehilir bertanya khabar serta berita dimana mahu cari tukang pandai tembaga di Malaysia?
Dulu ada banyak, sekarang terkubur satu persatu perusahaan tembaga. Zaman sudah berubah, mana mungkin orang ramai mahu menyimpan alatan tembaga lagi sudah lapuk di telan zaman. Sekali air bah sekali pantai berubah. Kena hadapi kenyataan pada hari ini sikit demi sikit industri tembaga pupus sama sekali.