Tiga hari tiga malam cari kayu yang sesuai mahu buat rak. Ringan, cantik, berkualiti dan murah. Redah hardware cari kayu kayan dari Klang sampailah ke Selayang. Naik turun pasaraya cari bahan-bahan untuk pertukangan. Kalau beli rak yang sudah siap baru RM 150 - RM 200. Tapi rak yang aku mahu buat melampaui harga.
Janji buat sendiri dan ada kepuasan hati. Bila kira semula modal takut dan terkejut lihat bil. Rasalah sebab mahu buat sendiri sangat, hahaha. Akhirnya sudah siap rak joran yang tidak seberapa ini. Walaupun mesin dan joran murah-murah sekurang-kurangnya bila perlu untuk menyerang lautan atau sungai ia berjasa pada tuannya.