RECOMMENDED ARTICLES

Benet Jepun


 Diam ubi berisi, diam besi berkarat. Dalam diam tak diam sudah 70 tahun umur Benet Jepun ini. Masih utuh di dalam simpanan Encik Khairul, hak milik datuknya diturunkan kepada ayahnya dan sekarang berpindah tangan kepada dirinya. Ada seorang peminat senjata lama dari Negeri Sembilan sudah buka harga rm1000.00 tetapi mengenangkan senjata lama ini terlalu terhad di pasaran maka senjata ini tidak akan di jual selama-lamanya, biarlah ia menjadi pusaka untuk diturunkan kepada kaum kerabatnya.
 Tidak puas mata memandang apabila melihat dan meneliti Benet Jepun ini, sungguh cantik dan ada sejarahnya tersendiri. Sambil lepak-lepak aku disajikan dengan berbagai cerita tentang senjata lama ini, sungguh bersejarah perjalanan hidup Benet Jepun ini. Ternganga mulut aku mendengar kisah hidupnya, ada cerita sedih dan ada cerita gembira plot-plot penceritaannya sungguh menarik sekali.
 Dengar cerita daripada seorang kawan yang menetap di Pulau Pinang, ada seorang tukang besi di sana pandai membuat Benet Jepun. Tidak tahulah betul atau tidak cerita ini sebab aku kurang maklumat tentang tukang besi di Pulau Pinang itu. Katanya lagi tukang besi itu boleh tempa pisau jadi sebiji macam benet yang asli. Harga pun berpatutan.