Ada 2 orang tetamu datang ke rumah aku seorang dari Kuantan dan seorang lagi dari Kelantan, dua orang sahabat baik. Sham dari Kuantan datang memenuhi temujanji untuk berbekam sementara Zaki dari Kelantan sekadar menemani sahabat karibnya itu.
Rawatan bekam berjalan dengan lancar dan teratur mengikut jadual, syukur pada Allah semuanya selamat.
Rawatan bekam berjalan dengan lancar dan teratur mengikut jadual, syukur pada Allah semuanya selamat.
Selesai membuat rawatan bekam aku lepak dengan Sham dan Zaki bercerita perihal keris, parang dan golok.
Zaki ada menceritakan satu kisah berkaitan keris dalam hidup keluarganya. Dahulu ada seorang hamba Allah sebelum beliau pergi menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) iaitu rukun islam ke 5, beliau telah datang membawa sebilah keris dan mengamanahkan kepada ibu Zaki supaya menjaga keris itu sebaik mungkin semasa beliau sedang menjalankan ibadah haji. Tetapi Allah lebih menyayangi hamba Allah itu kerana beliau telah wafat di Mekah. Sekarang keris yang diamanahkan oleh beliau itu dijaga dengan rapi oleh ibu Zaki.