RECOMMENDED ARTICLES

Golok Serba Guna

Rasa-rasa sudah tiga generasi guna golok ini. Memang berjasa kalau tetak tulang lembu atau kerbau bila tiba Hari Raya Aidiladha. Berbaloi bila guna untuk takik buah kelapa buang kulit dan ketuk tempurungnya. Buat menebas pun senang sambung sahaja kayu dan terus boleh guna buat menebas semak samun dekat kebun-kebun. Besi tahan lasak dan mata bilah susah untuk sumbing. Kalau di asah sekejap sahaja menjadi tajam. Arwah Toki dan Arwah Mama memang suka guna golok ini semasa hayat mereka. Sekarang jadi hak milik aku pula sungguh berbesar hati bila dapat bahagian untuk potong tulang daripada korban lembu sempena Hari Raya Aidiladha. Berkarat tapi berjasa.