RECOMMENDED ARTICLES

Misai Harimau Belang

 Buat baik pada orang kita tidak akan rugi. Kita berkawan kerana Allah, maka selayaknya kita semua diberkati olehNya. Alhamdulillah.
 Harapan mahu memiliki sudah sekian lama tetapi, masih belum tercapai impiannya. Tunggu punya tunggu bulan tidak timbul-timbul, hari ini hari yang bersejarah.
 Pagi yang damai, menapak perlahan-lahan menuju masuk jauh ke pendalaman. Jumpa anak sungai singgah mandi-manda. Selesai mandi-manda aku pergi ke dusun pula memetik buah telor buaya, limau nipis, limau kasturi, rambutan, betik, durian (tinggal saki baki sahaja), pucuk salang, paku pakis, buah asam gelugur dan durian belada. Penuh karung yang aku bawa, berat jangan ceritalah.
 Terserempak Abang Zul baru balik dari memburu ayam hutan, bertuah badan dapat hidangan mewah sekeluarga hari ini. Lepak dengan beliau sampai tengahari, berborak sampai lupa daratan. Tanpa segan silu aku minta 1 misai harimau daripada beliau, kalau sudah dinamakan rezeki itulah tuah aku. 100% asli dari harimau belang, masa Abang Zul cabut misai ini, harimau masih hidup dan sedang berehat kekenyangan. Allah Hu Robbi, terima kasih dengan rezeki yang bukan calang-calang ini.