RECOMMENDED ARTICLES

Memaparkan catatan dengan label BELAJAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BELAJAR. Papar semua catatan

Grinder

Macam mana mahu mula kerja buat hulu dan sarung golok? Barang pertukangan semua sudah cukup lengkap, tapi hati masih takut-takut mahu mencubanya. Walaupun sudah belajar cara pembuatannya. Ada 4 bilah mata golok kawan-kawan hantar untuk tempah hulu dan sarung. Aduh, seram sejuk pulak mahu mulakan kerja. Kena cekalkan hati, kalau orang lain boleh buat aku juga boleh buat, biar lambat asalkan menjadi apa yang dihajati.  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Misai Harimau Belang

 Buat baik pada orang kita tidak akan rugi. Kita berkawan kerana Allah, maka selayaknya kita semua diberkati olehNya. Alhamdulillah.
 Harapan mahu memiliki sudah sekian lama tetapi, masih belum tercapai impiannya. Tunggu punya tunggu bulan tidak timbul-timbul, hari ini hari yang bersejarah.
 Pagi yang damai, menapak perlahan-lahan menuju masuk jauh ke pendalaman. Jumpa anak sungai singgah mandi-manda. Selesai mandi-manda aku pergi ke dusun pula memetik buah telor buaya, limau nipis, limau kasturi, rambutan, betik, durian (tinggal saki baki sahaja), pucuk salang, paku pakis, buah asam gelugur dan durian belada. Penuh karung yang aku bawa, berat jangan ceritalah.
 Terserempak Abang Zul baru balik dari memburu ayam hutan, bertuah badan dapat hidangan mewah sekeluarga hari ini. Lepak dengan beliau sampai tengahari, berborak sampai lupa daratan. Tanpa segan silu aku minta 1 misai harimau daripada beliau, kalau sudah dinamakan rezeki itulah tuah aku. 100% asli dari harimau belang, masa Abang Zul cabut misai ini, harimau masih hidup dan sedang berehat kekenyangan. Allah Hu Robbi, terima kasih dengan rezeki yang bukan calang-calang ini.

Rak Joran

 Lari topik hari nie. Serabut kepala fikir, sebab banyak sangat joran pancing yang teperap dalam bilik stor tunggang langgan tidak tersusun. Orang rumah mahu buang katanya, hahaha. Kenalah ruangkan sedikit masa untuk membuat rak joran seala kadarnya.
 Tiga hari tiga malam cari kayu yang sesuai mahu buat rak. Ringan, cantik, berkualiti dan murah. Redah hardware cari kayu kayan dari Klang sampailah ke Selayang. Naik turun pasaraya cari bahan-bahan untuk pertukangan. Kalau beli rak yang sudah siap baru RM 150 - RM 200. Tapi rak yang aku mahu buat melampaui harga.


Janji buat sendiri dan ada kepuasan hati. Bila kira semula modal takut dan terkejut lihat bil. Rasalah sebab mahu buat sendiri sangat, hahaha. Akhirnya sudah siap rak joran yang tidak seberapa ini. Walaupun mesin dan joran murah-murah sekurang-kurangnya bila perlu untuk menyerang lautan atau sungai ia berjasa pada tuannya.

Hammer Drill

Tengah buat kerja tiba-tiba mesin drill yang lama made in China jahanam. Wiring terbakar sebab terkena mata drill, nasib baik aku selamat dari terkena kejutan elektrik. Rupa-rupanya sudah 13 tahun mesin drill lama berjasa pada aku. Sudah sampai masa dia pencen, bergegas pergi AEON BIG mahu beli mesin drill baru.
Mahu beli 1 barang sahaja tetapi aku kena beratur dekat 1 jam orang ramai sangat mahu shopping sebab hendak Raya Cina. Beratur tanpa banyak kerenah, tengok keliling memang ramai orang sibuk shopping.
Sempena Raya Cina hammer drill ada potongan harga, jimat duit aku RM 20.00 daripada beli dekat hardware. Dapat limau mandarin 1 kotak terserempak dengan tokey kedai haiwan. Rezeki-rezeki Alhamdulillah.

Mini Drill

 Hobi baru dikala ada masa lapang, korek lubang tutup lubang.
 Daripada aku belanja beli entah apa-apa lebih baik aku beli peralatan pertukangan, saja suka-suka untuk menambah koleksi harta benda yang semakin melimpah-ruah di rumah.
 Puas hati tengok alatan yang canggih sebegini, seronok mahu buat kerja tangan yang sememangnya menyulitkan.
Serba guna dan mudah untuk buat kerja, bukan untuk dijual hanya untuk tatapan umum buat pedoman pembaca.

Pendekar Kundur

Sebuah drama sejarah Pendekar Kundur oleh Mohamed Zahir Haji Ismail. Lama dulu Tv1 ada siarkan kisah menarik ini menerusi drama mingguan. Menjadi kegilaan semua lapisan masyarakat pada masa itu untuk menonton siaran drama pendekar ini.
Aku juga menjadi salah seorang peminat setia drama pendekar era 90an, sungguh asyik dan menyeronokkan melihat aksi persilatan dalam dunia pendekar. Hero yang memegang watak dalam drama pendekar ini ialah Eman Manan dan heroinnya pula Tiara Jacquelina.
Sekarang jarang sudah siaran tv menyiarkan drama berunsur pendekar atau dunia persilatan, macam arus di telan gelombang tiada lagi semangat anak muda untuk mendalami ilmu persilatan. Hanya motor menjadi teman dan teman itu memusnahkan masa depan dengan merempit dan berlumba haram.
Sekadar mengeluh melihat anak muda hanyut ditelan zaman, keberanian diletakkan ditempat yang salah. Berakhir dengan mati katak daripada mati bermaruah.

Cara Buat Sarang Racik Burung Atau Ayam

Assalamualaikum w.b.t,
Hampir 15 tahun aku tidak buat sarang racik, rasa rugi pulak dengan sedikit ilmu daripada Allah ini diabaikan. Daripada terkubur begitu sahaja ilmu ini baik aku kongsikan bersama-sama dengan kawan-kawan blogger. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan yang berkaitan anyaman, di sini ingin aku tekankan seseorang itu perlu HATI, BERSIH, RAJIN, SABAR.
Kalau tiada semua yang aku sebut ini dalam diri seorang pengayam, maka pekerjaan mereka akan biasa-biasa sahaja.
Peralatan mesti cukup lengkap dan berkauliti tinggi, jangan pakai barang murah takut semasa sedang leka mengayam barang tersebut akan rosak. Di atas ini aku sediakan alatan yang perlu ada sebelum membuat sarang racik.
Gegelung Rotan Bulat
Tali Tangsi 60 lb
Cutter Plier
Round Nose Plier
Long Nose Plier
Benang
Anyam tali tangsi begini sebelum pasang gegelung rotan bulat. Sesudah siap membuat anyaman lingkaran tali tangsi, maka pasang gegelung rotan bulat di sekeliling anyaman.
Ikat gegelung rotan bulat di tepi lingkaran anyaman tali tangsi dengan benang sekemas mungkin, supaya ikatan tidak terlerai sampai bila-bila.
Beginilah rupanya sarang racik burung atau ayam. Berminat? Senang sahaja cara buatnya. Ada kesempatan nanti aku akan ajar cara-cara membuat racik burung pula. Selamat belajar.