RECOMMENDED ARTICLES

Memaparkan catatan dengan label TUMBUHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TUMBUHAN. Papar semua catatan

Cara Uji Buluh Bertemu Ruas

Ramai kawan-kawan tanya macam mana mahu uji buluh tumpat bertemu ruas ini? Aku jumpa orang lama dekat Jalan Klang Lama, katanya ada teknik tersendiri mahu tahu asli atau palsu buluh tumpat bertemu ruas.
Senang cerita aku terus rakam, ini dia teknik untuk mengetahui keaslian dan kepalsuan buluh tumpat bertemu ruas. Senang sahaja, sediakan satu periuk dan panaskan air didalamnya sehingga mendidih. Jangan lupa serbuk teh, sebab daun teh boleh menanggalkan bahan pelekat seperti gam gajah. Kalau buluh tupat bertemu ruas asli ia akan kekal seperti sediakala sebelum dan selepas di rendam air panas mendidih. Manakala buluh tumpat bertemu ruas yang palsu ia akan terbelah dua atau terpatah dua selepas di rendam air panas mendidih.

Pokok Jelantang

 Redah hutan cari akar kayu, kepenatan dan berehat betul-betul di sebelah pokok jelantang. "Allah Maha Kaya", melindungi aku dari terkena bulu-bulu halus yang miang dari daun pokok jelantang ini. Melompat aku kerana terkejut, bila menyedari ada pokok jelantang di tempat aku berehat.
 Kalaulah aku terkena bulu-bulu bisa dari helaian daun pokok jelantang ini, agaknya 1 minggu kegatalan pada tubuh badan aku belum kebah. Maklumlah pokok jelantang sangat gatal dan sensitif dengan kulit manusia dan haiwan. Memang berbisa bulu-bulu halus dari daunnya.
Kalau mahu buat jahat pun boleh dengan pokok ini, 1001 kaedah. Biarlah rahsia itu menjadi tanda tanya. Rahsia tetap rahsia.

Pokok Kemuning

Ke Termeloh singgah jumpa Toki, lepak sambil makan nasi lauk ikan patin buah gulai masak tempoyak. 2 kali tambah sebab tidak sarapan sebelum datang tadi.
 Santai tepi kolam sambil makan buah rambutan dan buah manggis. Bersih halaman dan persekitaran, memukau pandangan.
 Panjat pokok dukun kait buah rambai dan petik ulam kacang botol. Penuh satu bonet kereta, sarat dengan buah-buahan.
 Sambil berborak isu-isu semasa dan bergossip hal-ehwal keluarga aku disajikan dengan kopi o panas dengan ubi redus cicah kelapa parut yang dicampurkan sedikit gula dan garam. Terbelalak mata pakcik aku tersedak kelapa sebab sedap sangat menjamah hidangan pada petang itu.
 Akhir sekali topik perbincangan beralih kepada pokok kemuning yang banyak di tanam di halaman rumah Toki.
 Pokok kemuning ada 200 pokok semua untuk cucu-cicit suatu hari nanti. Barulah aku kenal pokok kemuning ini, dulu langsung tidak ambil tahu kewujudannya.
 Ada pegawai datang mahu membeli pokok kemuning tersebut untuk dihiasi di halaman pejabat mereka, tetapi Toki menolak untuk menjualnya. Mereka buka harga RM 1500.00 sebatang, kata Toki harga tidak berbaloi sebab Toki tanam pokok kemuning tersebut hampir 25 tahun.
 Toki tidak hairan dengan duit mereka sebab harta Toki banyak melimpah ruah, ibarat kata 'gedung di darat  dan kapal di lautan'.
Toki tinggalkan semua ini untuk keturunannya, dia mahu keturunan dia senang. Pokok kemuning memang tinggi permintaan dalam dunia pembuatan sarung senjata seperti keris, golok, parang, pisau dan lain-lain kegunaannya.