RECOMMENDED ARTICLES

PISAU RAUT BULUH


Parang panjang ini ada orang jumpa 2 bilah dekat tong sampah berlumuran dengan darah, dia bagi pada aku sebilah. Sekarang parang ini ada dengan kawan aku Encik Khairul.
Barang susah dapat sekarang berkarat dalam simpanan aku, sudah tempah untuk buat sarung tetapi terbengkalai. Tukang hulu dan sarung berhijrah ke tempat lain dan jauh perjalanannya ke sana.
Sabit, kegunaan semasa gotong-royong di taman perumahan tempat tinggal aku sekeluarga. jarang keluar rumah sabit ini, terperap saja dalam kotak bertapa.
Pisau raut buluh ada 2 bilah. Akhir tahun 2003 aku galak guna buat sarang burung dan jebak, sekarang bertafakur dengan aman dalam peti pertukangan.