Hello ada pameran keris dekat Muzium Negara cepat hari ini last day. Aku dapat panggilan dari seorang sahabat memberitahu ada pemeran sedang berlangsung. Cepat-cepat aku bergegas ketempat kejadian, Masya Allah hebatnya pemandangan. Berpinar mata aku tengok keris-keris dia orang ni.
Cantik dan ada gaya tersendiri. Pemiliknya semua dikalangan pendekar-pendekar. Tengok boleh pegang "sorry" tak boleh.
Harga sebuah keris bila aku tanya dan dia orang bagitau, seram sejuk badan aku mendengarnya. Mahal giler. Pemilik keris semuanya yang jenis berpoket tebal
Ada koleksi dari turun-temurun, ada yang beli dengan harga yang tinggi dan ada yang jumpa dari alam misteri (taktaulah betul ke tidak).
Kalau dia orang jual sebuah keris yang ada lagenda tersendiri, silap-silap boleh beli rumah flat kos rendah sebiji bayar tunai
Raba poket atas dan bawah adalah lebih kurang RM 85.90, kirim salam sahajalah jawabnya kalau mahu beli keris di sini.
Apa-apa pun aku nak cari sebilah untuk simpan buat koleksi. Keris yang murah-murah pun takpe. Janji ada simpan 1, sebagai koleksi Senjata Warisan Melayu.