RECOMMENDED ARTICLES

PARANG

Koleksi parang kali ini memang istimewa, semua parang yang aku paparkan di sini hak milik Toki aku. Toki orangnya tegas berumur lebih kurang 85 tahun, badan masih gagah dan kuat kerana setiap hari suka berkebun menjaga ladang kepala sawit, ladang getah dan ladang buah-buahan.

Parang yang di buat sendiri ketika tiada kerja mengisi masa lapang, hulu dan sarung dari pokok kemuning merah.

Parang ini juga hasil air tangan Toki, hulu dan sarung dari pokok bunga kertas. Pokok bunga kertas hampir berusia 15 tahun dan terpaksa ditebang untuk buat tempat parking kereta.

Kebetulan pokok kedondong kena sambar petir dekat kebun dan terbakar dahan. Maka Toki ambik keputusan untuk buat parang dengan hulu dan sarung dari pokok tersebut.

Semasa makan angin ke Serawak jumpa Tok Batin di sana, Toki dihadiahkan parang hulu dan sarung dari pokok kemuning hitam mati beragan.
Aku cuba pujuk Toki minta satu parang dari koleksinya, tapi katanya aku kena beratur sebab sudah ramai senarai menunggu mahukan parang dia ini.
Setiap satu parang Toki semua ada kegunaan tersendiri, anak cucu janganlah gatal tangan mahu buat itu dan ini dengan parang kesayangnya ini. Toki memang garang kalau barang kesayangannya di buat sebarangan.