Ke Termeloh singgah jumpa Toki, lepak sambil makan nasi lauk ikan patin buah gulai masak tempoyak. 2 kali tambah sebab tidak sarapan sebelum datang tadi.
Santai tepi kolam sambil makan buah rambutan dan buah manggis. Bersih halaman dan persekitaran, memukau pandangan.
Panjat pokok dukun kait buah rambai dan petik ulam kacang botol. Penuh satu bonet kereta, sarat dengan buah-buahan.
Sambil berborak isu-isu semasa dan bergossip hal-ehwal keluarga aku disajikan dengan kopi o panas dengan ubi redus cicah kelapa parut yang dicampurkan sedikit gula dan garam. Terbelalak mata pakcik aku tersedak kelapa sebab sedap sangat menjamah hidangan pada petang itu.
Akhir sekali topik perbincangan beralih kepada pokok kemuning yang banyak di tanam di halaman rumah Toki.
Pokok kemuning ada 200 pokok semua untuk cucu-cicit suatu hari nanti. Barulah aku kenal pokok kemuning ini, dulu langsung tidak ambil tahu kewujudannya.
Ada pegawai datang mahu membeli pokok kemuning tersebut untuk dihiasi di halaman pejabat mereka, tetapi Toki menolak untuk menjualnya. Mereka buka harga RM 1500.00 sebatang, kata Toki harga tidak berbaloi sebab Toki tanam pokok kemuning tersebut hampir 25 tahun.
Toki tidak hairan dengan duit mereka sebab harta Toki banyak melimpah ruah, ibarat kata 'gedung di darat dan kapal di lautan'.
Toki tinggalkan semua ini untuk keturunannya, dia mahu keturunan dia senang. Pokok kemuning memang tinggi permintaan dalam dunia pembuatan sarung senjata seperti keris, golok, parang, pisau dan lain-lain kegunaannya.