RECOMMENDED ARTICLES

Racik

Semalam dapat call dari Sepang, nama Encik Azuan minta aku buatkan 1 set racik terkukur atau merbuk untuk memikat denak di hutan.
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana dapat rezeki yang tanpa disangka-sangka.
Tanpa melengahkan masa aku keluarkan semua peralatan mengayam dari bilik stor.
Inilah dia peralatan yang aku maksudkan, sudah lama tidak mengayam rasa macam terlupa teknik pulak.
Buat lubang 8 dari dawai tembaga untuk ikat pada tali anyaman racik sungguh cerewet kerana kecil dan halus. Sakit jari-jemari aku kerana tercucuk hujung dawai yang tajam. Mata pulak suam-suam kuku sekarang, maklumlah sudah berumur. Nikmat mata sudah di tarik sikit-sikit, pedih mata aku semasa mengadap benda alah ini.
Siap buat lubang 8 dari dawai tembaga aku potong dawai stainless steel pula dengan ukuran 2 inci, untuk di jadikan pasak kepada lingkaran tali nylon.
Sesudah memotong dawai stainless steel acara jalin tali benang kepada tali nylon bermula, alamak susahnya kerja ini perlukan perhatian kerana terlalu kecil bahan-bahannya. Sakit pinggang kerana duduk membongkok terlalu lama, punggung jadi kematu. Sessi mengayam tali benang ke batang dawai cukup rumit kerana permukaan dawai terlalu licin.
Inilah dia hasilnya racik 25 mata, mengadap hampir 8 jam.
Kepada sesiapa yang berminat boleh buat tempahan:
1 kepala (25 mata) rm 50.00.