RECOMMENDED ARTICLES

Golok

Pulang dari makan ikan bakar aku singgah ke rumah Maha Guru sebabnya beliau ada buka gelanggang silat untuk latih ahli-ahli yang baru sempena cuti sekolah ini. Seronok berbual sampai lupa masa sudah berlalu terlalu lewat, tiba di rumah beliau tadi sudah pukul 10.00 malam. Manakala my wife dan anak sulung aku ditinggalkan dalam kereta berdua sahaja. Gembira punya pasal kerana dapat golok 2 dalam 1 sarung, hebat air tangan beliau pembuatan hulu serta sarung dan seni ukirannya sungguh halus.
Inilah dia hasilnya, golok pertama milik aku yang paling cantik dan menarik. Suka sangat rasa tidak mahu tidur malam ini, mahu tilik puas-puas golok ini sampai pagi. Hahahahaha.
My wife juga takjub dan gembira kerana akhirnya aku ada golok sendiri dan hasil kerja Tuan Guru sungguh cantik.
Bilah mata golok di atas panjangnya 12 inci, hulu dari kayu pokok ciku. Bilah mata golok di bawah panjangnya 6 inci, hulu dari kayu jati emas. Manakala sarungnya daripada kayu jati emas.
Ukiran sikit sahaja kalau banyak sangat nanti semak, kalau terlebih ukiran nanti ada orang berkenan pulak. Tidak sabar rasa hati mahu guna untuk masuk hutan pergi cari akar kayu asli tongkat ali dan melapah daging lembu atau daging kerbau apabila ada kenduri-kendara nanti.