RECOMMENDED ARTICLES

Mata Parang

Rasa semacam apabila bangun tidur sudah ada di Kedah. Lepak Wangsa Inn, Shahab Perdana, cukup selesa dan nyenyak sungguh aku tidur semalam. Agaknya kekenyangan makan sate dan sup utara, memang lazat betul. Tengahari keluar jamu mata sambil ronda-ronda dengan tujuan yang satu mahu ambik bilah mata parang yang di tempah khas. Singgah Taman PKNK sekejap jumpa kawan lepas itu lesap ke Kampung Kubang Deranan, punyalah jauh perjalanan. Berkarat punggung aku melekat dekat kusyen kereta.
 Jumpa tukang pandai besi terus sambar 2 bilah mata parang besi jenis spring. Panjang 12 inci dan panjang 6 inci. Harga berpatutan dan siap makan tengahari di rumah tukang, rupa-rupanya beliau sudah menyuruh isterinya memasak untuk kami.
 Ada parang berpuaka dalam simpanannya, aku lihat dari jauh sahaja tidak berani pegang sebab takut ada badi. Lagipun aku malas mahu pergi berubat, leceh. Aku cuba ambik gambar tapi tidak menjadi kemera aku ada masalah dalaman. Sakit hati sebab tidak boleh paparkan dalam blog untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.
Ingatkan terus pulang ke hotel, aku dan kawan-kawan bergegas Lata Mengkuang, Sik, Kedah. Mandi-manda sekejap dan jamak solat di sana. Puas hati berjalan hari ini, makan angin sampai lupa dataran mahu pulang ke Klang.
Sudah buat temujanji dengan tukang untuk buat hulu dan sarung lusa. Harap-harap cepatlah siap, tidak sabar mahu guna.