Selepas acara korban lembu 2 ekor di rumah Cher Keria, aku bergegas pergi bertandang ke rumah Pak Long lepak-lepak dengan sanak saudara. Tadi semasa acara melapah kulit lembu ada 3 bilah parang lapah aku lihat paling tajam dalam banyak-banyak parang yang ada di situ. Kena cari tuan punya badan mahu tanya beli atau tempah di mana? aku pun mahu satu buat koleksi. Tunggu punya tunggu tuan punya parang lapah belum balik, masih sibuk menghadiri acara korban lembu di kampung sebelah pulak. Aku ambik kesempatan terbongkang sekejap lelapkan mata, badan sudah letih lesu sebab semalam tidak cukup tidur bermain bunga api dan mercun sampai lewat pagi.
Hak Milik Komander Pak Taman.
Lebih kurang 1 jam suku aku di rumah Pak Long barulah otai-otai parang lapah pulang. Apa lagi, soal selidiklah sampai ke lubang cacing perihal parang lapah mereka.
Pak Taman punya tukang dari Serawak, bilah mata spring lori. Hulu kayu jati dan sarung kayu kemuning hitam.
Harga RM 100.00
Hak Milik Guru Silat Nor Azlan.
Nor Azlan punya tukang dari Perak, bilah mata spring lori. Hulu kayu ciku dan sarung kayu kedondong. Harga RM70.00
Hak Milik Ketua Kompang Hadrah Pak Lang.
Pak Lang punya tukang dari Kedah, bilah mata spring lori. Hulu dan sarung dari pokok petai tua.
Harga RM 60.00
Harap maklum.
Semua harga di atas sebelum tahun 2000.
Anggaran harga sekarang tambah RM 100.00 setiap satu parang lapah di atas.