Entah datang dari mana, jinak berjalan cari makan depan mata aku. Menyesal tidak tahan racik, kalaulah aku bawa racik tentu dapat tangkap ayam hutan ini. jarak ayam hutan ini hanya 2 kaki daripada aku. Bukan rezeki aku hari ini, takpelah lain kali kita jumpa lagi.
Ada 2, 3 ekor ayam hutan berjalan lemah lembut depan aku dan kawan-kawan, hairan bin ajaib jinaknya macam ada orang yang bela. Layan sahaja sambil cuci mata tengok gelagatnya kemana arah dan tujuan hendak pergi. Pertama kali tengok ayam hutan jinak macam ini, rasa kagum sungguh hati aku.