Patutlah bising Boboiboy di rumah hari ini berbunyi sakan, rupa-rupanya ada sekawan burung terkukur sedang berteduh daripada hujan di atas sebatang pokok yang telah mati. Aku kira ada 17 ekor semua sekali.
Semua gemuk-gemuk sebab bulu sedang mengembang kerana menahan kesejukkan hujan yang sangat lebat hari ini.
Inilah pertama kali dalam hidup aku melihat burung terkukur (BH) sebanyak ini, hebat betul permandangan takjub aku dibuatnya.
Tiada niat pun dalam hati aku mahu tangkap burung terkukur tersebut, cukuplah aku sudah ada Boboiboy yang sekarang ini semakin galak berbunyi. Sikit hari lagi mahu dibawa ke hutan untuk dilatih menjadi denak. Mudah-mudahan boboiboy menjadi seekor denak yang bagus suatu hari nanti. Amin.