Miang pulak tangan aku ini mahu buat jebak dengan dawai hijau (dawai pagar), alang-alang takde kerja nak buat apa baik aku siapkan jebak terkukur mengisi masa lapang yang sememangnya lapang selalu. Selongkar bilik stor cari segala alatan pertukangan, sudah jumpa mengadap tv sambil membuat jebak. Layan cerita Wonder Pets, teman anak sulung aku tengok tv.
Dalam malas-malas siap juga akhirnya, cuma belum sirat benang untuk buat pukat perangkap. Malas kalau bab-bab sirat pukat ini cerewet kerjanya, sakit leher aku dibuatnya. Ramai kawan-kawan datang kerumah tanya berapa harga aku mahu jual, aku jawab bagi jelah rm65.00 sambil ketawa main-main.
Belajar buat jebak tahun 1990 waktu itu aku di tingkatan 2, masa itu mahu beli sebuah jebak harganya mahal sangat mana aku ada duit. jadi aku pergi belajar dengan seorang atuk yang berumur 70-an orang Kelantan tetapi menetap di kampung aku. banyak ilmu dapat aku timba dengan beliau.