RECOMMENDED ARTICLES

Mengayam Lekar Dan Racik

Hari ini tidur kualiti, my wife langsung tidak kacau aku dan segala urusan rumah tangga dia yang uruskan. Semua siap kemas dan bersih rapi, puas mata aku memandang dan senang hati aku.
Hujan lebat hari ini tidak keluar jalan-jalan terkandas di dalam rumah lepak sambil tengok tv dan layan anak sulung aku bermain. Macam biasa apabila ada waktu terluang aku akan mengayam lekar dan mengayam racik. Sayang masa lapang dibiarkan begitu sahaja, sekarang bukan senang aku ada masa yang berkualiti macam hari ini.
Rasa lenguh leher dan sakit kepala mengadap kerja mengayam ini, puas rasa hati dapat mengayam sebanyak mungkin. Mood sedang datang berapi-api, macam-macam kerja mahu buat dan siapkan tetapi aku pilih mengayam lekar dan racik.
Pedih rasa jari-jemari bila kerja sudah selesai, senang hati melihat kerja yang tertangguh siap akhirnya. Esok atau lusa kerja menjalin tali pada dawai racik pula, bila boleh siap tidak tahu lagi sebab masa terhad sangat sekarang.