Sempena cuti Keputeraan DYMM Agung pada tanggal 1/6/2013, hari Sabtu aku pergi ke Perak berjumpa sahabat lama untuk mengambil besi buruk daripada simpannya. Besi buruk dari Syarikat British untuk membuat landasan keretapi di Tanah Melayu dahulu kala.
Tahun pembuatan besi buruk ini seawal 1945, besinya sungguh padu dan berat untuk diangkat dianggarkan seberat 5@6kg. Rezeki yang tanpa disangka-sangka untuk membuat tempahan golok atau parang.
Besi buruk seperti klip ini dipanggil paku rel keretapi untuk di pasak ke bongkah kayu landasan keretapi supaya kukuh dan kuat landasan keretapi tersebut. Elok untuk dibuat pisau lapah kerana ketajamannya yang diakui tukang besi.
Panjang 6 inci ketebalan 1/2 inci, memang padu dan tahan karat besi buruk ini dapat rasa ketulenannya apabila dipegang.
Manakala besi buruk ini panjangnya 14 inci, kelebaran 6 inci dan ketebalannya 1/2 inci besi padu yang tahan karat dan sungguh berat sekali apabila dipegang.
Alhamdulillah akan hantar untuk ditempa kepada tukang besi. Kepada tuan Saberi terima kasih daun keladi kalau siap nanti saya akan beri 2 bilah untuk kegunaan peribadi tuan, 1 pisau lapah dan 1 golok hiasan. In Shaa Allah.