RECOMMENDED ARTICLES

Golok Perak 555



 Golok Perak 555 telah diwatikahkan kepada Allahyarham bapa Encik Khairul pada tahun 1939 ketika itu beliau berumur 18 tahun setelah tamat belajar silat. Sebagai tanda perhargaan dan cenderahati daripada Tuan Guru, kerana memiliki seorang anak murid yang amat berkebolehan dan berbakat dalam seni silat.
 Pada tahun 2008 Golok Perak 555 telah bertukar tangan kepada Encik Khairul, 3 tahun berikutnya Allahyarham bapa Encik Khairul meninggal dunia kerana sakit tua.

 Hulu dan sarung dibuat daripada Kayu Gading, panjang lebih kurang sekaki manakala bilah panjangnya 7 inci. Ditempa daripada besi 555 (besi lama, hanya orang-orang yang tertentu sahaja tahu betapa bernilainya golok daripada besi 555). Memang jarang ada orang yang masih menyimpan bilah golok dari besi 555. Orang sebut besi zaman Jepun. Seni yang di telan zaman kerana kurang pengetahuan tentang soal golok dan parang.

Sudah 54 tahun berada di dalam simpanan Encik Khairul, katanya tidak berminat untuk dijual kerana ia warisan turun temurun. Tajam dan terjaga rapi memang sesuai dengan namanya.