RECOMMENDED ARTICLES

Pendekar Kundur

Sebuah drama sejarah Pendekar Kundur oleh Mohamed Zahir Haji Ismail. Lama dulu Tv1 ada siarkan kisah menarik ini menerusi drama mingguan. Menjadi kegilaan semua lapisan masyarakat pada masa itu untuk menonton siaran drama pendekar ini.
Aku juga menjadi salah seorang peminat setia drama pendekar era 90an, sungguh asyik dan menyeronokkan melihat aksi persilatan dalam dunia pendekar. Hero yang memegang watak dalam drama pendekar ini ialah Eman Manan dan heroinnya pula Tiara Jacquelina.
Sekarang jarang sudah siaran tv menyiarkan drama berunsur pendekar atau dunia persilatan, macam arus di telan gelombang tiada lagi semangat anak muda untuk mendalami ilmu persilatan. Hanya motor menjadi teman dan teman itu memusnahkan masa depan dengan merempit dan berlumba haram.
Sekadar mengeluh melihat anak muda hanyut ditelan zaman, keberanian diletakkan ditempat yang salah. Berakhir dengan mati katak daripada mati bermaruah.