Tapak perhiasan keris yang menjadi kegilaan aku siang dan malam selama lebih tiga bulan di tempah, hari ini sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia aku dapat melihat hasil kerja tangan Abang Long yang sungguh unik dan halus sekali. Bukan dibuat dengan mesin, ia 100% hasil air tangan tukang kayu yang mahir dan berpengalaman. Alhamdulillah, aku sungguh berpuas hati bertambah lagi koleksi barangan peribadi.